Total Pageviews

Wednesday, 27 April 2016

Diploma CS110 , Susah atau Senang?

              Assalamualaikum , Okey , sekarang kita nak cakap pasal topik kita iaitu diploma cs110 atau Computer Science nie susah atau senang  ? aq sekarang dah part 2 diploma , otw part 3 6 hb Jun nie . okey first aq nak cakap ... cs110 nie tak susah dan tak senang . sebab kalau kata susah ada je yang dapat 4 flat dan dekan , kalau kata senang , ramai sangat yang quit and dismiss disebabkan certain subjek dalam cs110 . Mungkin ramai adik2 yang tengah pening kepala nak pilih kos ape yang sesuai untuk terus menyambung pengajian korang . okey untuk membantu korang , aq nak cerita pasal pengalaman masa semester 1 .

         Untuk semester pertama nie kita akan ambil 7 subjek . First subjek kokurikulum , kokurikulum ada banyak antaranya ada kesatria,suksis,brass band ,pbsm dan banyak lagi .Subjek nie kene hadir tiap2 kawad je baru dapat A .. biasa untuk final exam ape tu kalau baik ngan komando , diorang akan bagi jawapan sbb bende nie memang perkara biasa untuk tiap2 semester . tapi aq dulu lima kali tak pegi kawad tengok result dapat A hahaha kawan aq yang tak pernah miss kawad dapat A- . Benda nie sering terjadi . mungkin atas komando jugak kot . aq pon tak paham hahaha

              Next , subjek CTU101 atau Fundamental Of Islam , untuk pengetahuan korang nanti korang belajar kat mana2 universiti pon semua dah pakai kod .untuk subjek nie korang belajar pasal asas islam . Subjek nie tak susah pon , tapi kalau terlalu pandang rendah subjek nie boleh jadi subjek killer kalau tak jaga carrymark nanti . subjek nie bagi aq la .. memang susah nak dapat carrymark 45 ke atas . memang susah hahaha tapi tak mustahil untuk korang capai nanti .

     Next , ELC120 .. subjek nie kalau nanti korang dah belajar korang akan rasa bosan je sebab bende nie start sekolah rendah lagi dah belajar . tapi kalau nak tahu subjek nie la yang halang aq drpd dapat 4 flat . hahaha sikit je lagi nak dapat 4 rata tapi nak buat macam mane bukan rezeki so redha je la sbb terlalu pandang rendah subjek nie hehe .

         Seterusnya , subjek MAT133 atau lebih dikenali sebagai pre calculus . Nie antara subjek killer jugak , tapi kalau sentiasa buat latihan ..subjek nie senang je nak skor A .satu lagi nak cakap kalau boleh jangan carry mark  sampai dapat under 30 . kalau tak susah nak skor A .subjek nie banyak kene hafal formula , nanti kalau korang belajar calculus 1 semester 2 nanti korang akan tahu precalculus lagi susah drpd calculus 1 .Dan kalau korang nak tahu , subjek nie jugak yang gagalkan aq dripada dapat 4 rata hahaha jahanam tapi nak buat macam mane kene la juga redha .

  Next , subjek CSC118 atau dikenali sebagai fundamental of algorithm development . Okey subjek ni merupakan tulang kepada subjek CSC128 . Apa yang korang belajar untuk subjek nie semua berkait dengan CSC 128 . die macam nie . csc118 nie macam die bagtau korang ape yang korang kene buat sebelum buat program . sebagai contoh korang kene buat flowchart dan pseudocode dulu . so lepas buat dua benda tu , koranng baru bleh plan nak buat program . macam rangka karangan , kita buat rangka dulu . so baru karangan . yang rangka tu  CSC 118 , karangan tu CSC128 . Subjek nie senang kalau korang faham cara die sbb languange yang subjek nie pakai tak sama ngan languange CSC128 iaitu c++ .languange .csc118 nie die lebih menyeluruh . contoh dia macam c++ mungkin kene letak simbol untuk run program , kalau 118 tak kene letak pon . okey  harap korang faham hahaha

okey seteterusnya Subjek CSC 128 atau Fundamental of computer problem solving . macam yang aq dah bagtau tadi , subjek nie kita belajar pasal languange computer . languange untuk csc128 ialah c++ anak kepada c . c nie lagi susah drpd c++ . subjek nie lebih kepada pemikiran logik . sebagai contoh biasa korang kalau nak jawab soalan addmath . die dah bagi formula cuma just ambik informasi yang sudh diberi dalam soalan . kalau csc128 nie atau c++ . korang akan ditanya soalan seperti macam mane dia nak susun character dalam nama kita dalam kedudukan menaik . contoh FIRZAN , so macam mane kita nak pikirkan coding yang dapat susun huruf2 tu dalam kedudukan menaik seperti  AFINRZ . faham tak ? haha c++ nie lecturer ajar basic je . untuk latihan yang soalan macam nie . korang kene pandai2 pikirkan . mungkin kalau lecturer baik die akan ajarkan tapi tu semua bergantung kepada lecturer .tapi percayalah once korang faham konsep languange c++ nie . bende tu petik jari je sbb once dah faham semua bende bleh buat . subjek nie antra subjek killer tapi tak ramai yang repeat subjek nie untuk pengetahuan korang semua .

okeyy , Akhir sekali , ACC106 atau fundamental of accounting. nie kalau untuk budak account yang ambik kos nie memang subjek nie kacang je . cuma kalau dulu korang belajar dalam bahasa melayu sekarang totally english . untuk yang tiada asas jangan bimbang kalau korang ambik perhatian setiap kali lecturer mengajar , inshaallah korang dapat jawab . untuk pengetahuan krang aq pon takde asas dulu . tapi bila final dapat A+ . sbb  apa ? sbb aq jaga  carrymark , carry aq masa tu dalam 38 lebih daripda 40 . korang kene jaga quiz and test . sbb test dah 15% and quiz setiap satu tu 3% die ambik top 3 highest je .kebanykan student repeat subjek nie la . antara yang kuat student repeat ialah subjeck acc106 dan mat133 . aq tak tipu , nie memang betul2 dah terjadi dan ramai yang setuju dengan statement aq nie . so untuk acc106 dan mat133 korang kene bagi perhatian yang secukupnya.

       Mungkin nanti bila korang masuk u . korang akan jadi aktif dalam kelab-kelab yang ada kat uitm nie . macam nie ... tak salah kalau nak aktif tapi kalau boleh pelajaran tu kene jaga .. pointer tu kene jga . memang ramai yang cakap ala pointer tak penting asal ada softkill yang mantap confirm dapat kerja. ingat la , bayangkan kalau korang nak apply kerja dengan syarikat terkemuka tapi pointer korang hanya 2.5 kebawah . korang rasa kalau korang jadi ketua syarikat tu .. korang nak terima tak? mesti lah takkan sbb pointer la mereka akan tengok dulu . softkill tu benda kedua yang diorang nak tengok . pointer yang tinggi juga menunjukkan anda nie seorang yang cepat belajar dan mudah menerima benda yang baharu . so apa2 nak akfif boleh tapi pelajaran kene jaga .daripada pemerhatian aq , antara budak2 repeat ialah dikalangan mereka yang akftif dan mempunyai jawatan dalam kelab tersebut . dan jangan terkejut masa sem 1 dulu , yang pegang jawatan timbalan presiden pon repeat 3 subjek . sekian sahaja assalamualaikum

 

4 comments:

  1. terima kasih banyak2.saya dapat tawaran diploma computer science di Kolej Profesional Mara beranang.awak sgt membantu. tq.

    ReplyDelete
  2. kepada sesiapa yang datang pada tahun 2021 seperti saya, CSC118 dah tukar kepada CSC116, CSC128 dah tukar kepada CSC126, ELC120 tukar kpd ELC121 and sem1 untuk CS110 tak amik ACC106 tp akan amik CSC253 iaitu multimedia.. so kepada sesiapa yang dapat CS110 di UiTM goodluck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fast foward to 2023...CSC 116 tak ambil tukar dengan CSC 121 pulakk

      Delete
  3. Hi , ada tak buku² sains komp yg dh tak pakai?? Nak boleh ker?

    ReplyDelete